Waktu Solat

Ke Puncak Jaya

Ke Puncak Jaya
Jalan ke SMKSMAB yang mencabar

Helikopter

Helikopter
Kenderaan Tengku

Selasa, Ogos 21, 2007

Pantun Makanan

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan kuih jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

- nukilan Penyubelimbing

Sepatah Kata

Assalamualaikum wm wb

Inilah laman web sekolah yang dibina di atas tapak percuma, di blogspot.com. Nak bina laman ni bukanya susah pun. Cuma 2 minit saja, lebih cepat dari masak mee maggi. Tapi tak boleh dimakan begitu saja... oooo enaknya.

Nak tulis apa mola2 ni. Memang mati akai jadinya. Pasai apa? Syokler dapat buat laman web sendiri. Hat tak penah-penah dimimpi oleh aku. Ahh... persetankan semua itu. Aku bukanlah major mendalah ni pun. aku jadi cikgu saja, mengajau pun georafi dgn bahasa melayu.

Bab2 komputer ni memang la hampeh. Belajar ikut hati saja. Tang mana suka, aku belajar. Tak suka aku tidoq la. Jaga anak2 ka, masak ka, dan apa2 sajalah.